Home
Pengenalan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 04 January 2013 03:26


logo aau2015

It is time to reward...AAU is back!


LATAR BELAKANG


Anugerah Akademik Universiti (AAU) ialah anugerah tahunan berprestij tinggi yang merangkumi tiga (3) anugerah utama iaitu:

1)    Anugerah Pengajaran Cemerlang

2)    Anugerah Inovasi – Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL)

3)    Anugerah Inovasi – E Pembelajaran

 

Anugerah ini telah dimulakan pada tahun 2009 melalui platform Anugerah Pensyarah Cemerlang bagi menghargai jasa ahli akademik yang telah menonjolkan kecemerlangan dan kreativiti dalam aspek pembelajaran dan pengajaran. Ia juga sebagai satu penghargaan oleh universiti kepada ahli akademik yang telah menunjukkan usaha dan komitmen dalam membentuk pelajar menjadi cemerlang dan bersifat holistik.


Menerusi Pusat Inovasi & Daya Saing Akademik (CAIC) (dahulunya dikenali sebagai CAQADE), kelulusan bagi memberikan anugerah ini telah diperolehi melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Senat Kurikulum Pengajaran & Pembelajaran Kali Ke- 4 Bil. 3/ 2009 yang diadakan pada 7 April 2009 dan 30 Jun 2009 serta Mesyuarat Senat Kali Ke- 58 Bil. 6/ 2009 bertarikh 27 Julai 2009.

 

Pada tahun 2011, CAIC telah mengenalpasti beberapa anugerah tambahan yang signifikan dan relevan dalam aspek pembelajaran & pengajaran sebagai tambahan kepada anugerah sediaada; Anugerah Pensyarah Cemerlang (kini anugerah ini dikenali sebagai Anugerah Pengajaran Cemerlang).

 

Anugerah tersebut adalah Anugerah Inovasi - Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL), Anugerah Inovasi – E Pembelajaran dan Hadiah Sanjungan Pengajaran. Kertas kerja pemberian anugerah ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Kali Ke-60 Bilangan 1/2012 pada 30 Januari 2012.

Last Updated on Friday, 11 December 2015 08:42
 

Announcement

{UpDownScroller width:155 height:100} UMP Official Site Universiti Malaysia Pahang --- My Government Laman Rasmi Portal Kerajaan Malaysia --- KPT Portal Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi {/UpDownScroller}

Who's Online

We have 4 guests online