Home Keterangan & Nilai Anugerah
Keterangan & Nilai Anugerah PDF Print E-mail
Written by Sarinah Shaari   
Monday, 07 January 2013 04:04

 

BIL

ANUGERAH

KETERANGAN & NILAI ANUGERAH

1.

Anugerah Pengajaran Cemerlang

  1. Pengiktirafan ini diberikan untuk menghargai jasa ahli akademik yang telah  menunjukkan kecemerlangan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran mengikut kelompok yang ditetapkan. Ia juga sebagai satu penghargaan oleh universiti kepada ahli akademik yang telah menunjukkan usaha dan komitmen dalam membentuk pelajar menjadi cemerlang dan bersifat holistik.

 b.  Anugerah ini terbahagi kepada tiga (3) kelompok iaitu:

      - Kejuruteraan (FKASA, FKKSA, FKM, FKP & FKEE)

      - Sains Gunaan (FSKKP, FSTI & FTK)

      - Sastera/ Sastera Gunaan & Sains Sosial / Sains  Sosial Gunaan (PBMSK & FPI)

 

 c.   Seorang pemenang sahaja akan dipilih bagi kelompok yang dipertandingkan.

 

 d. Nilai anugerah adalah sebanyak RM5,000 bagi setiap pemenang. Selain itu, pemenang akan menerima sijil penghargaan dan cenderamata iringan berbentuk trofi.

 

 e.   Pemenang juga boleh dicalonkan untuk Anugerah Akademik Negara kategori Anugerah Pengajaran (jika memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi)

 

 f.  Hadiah Sanjungan Pengajaran, anugerah ini tidak dipertandingkan. Walaubagaimanapun, panel juri berhak untuk memberikan Hadiah Sanjungan Pengajaran kepada finalis yang telah melepasi Penilaian Peringkat Akhir   Anugerah Pengajaran Cemerlang. Seorang pemenang bagi   setiap fakulti/ pusat akan dipertimbangkan untuk menerima anugerah ini. Nilai Hadiah Sanjungan Pengajaran adalah sebanyak RM1,000. Selain itu, pemenang akan menerima sijil penghargaan dan cenderamata iringan berbentuk trofi.

2.

Anugerah Inovasi –   Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL)

 

  1. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada ahli akademik yang mengunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL) dalam pengajaran & pembelajaran secara menyeluruh. 
  2. Sebagai galakan untuk para akademik bagi mempertingkatkan usaha dalam membudaya penggunaan pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL) dalam pengajaran & pembelajaran.
  3. Seorang pemenang sahaja akan dipilih untuk anugerah ini.
  4. Nilai anugerah adalah sebanyak RM3,000 bagi setiap pemenang. Selain itu, pemenang akan menerima sijil penghargaan dan cenderamata iringan berbentuk trofi.

 

3.

Anugerah Inovasi – E   Pembelajaran

 

  1. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada ahli akademik yang menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran & pembelajaran menerusi e-pembelajaran secara menyeluruh.
  2. Sebagai galakan untuk para akademik di universiti mempertingkatkan usaha dalam membudayakan penggunaan e-pembelajaran dalam pengajaran & pembelajaran.
  3. Seorang pemenang sahaja akan dipilih untuk anugerah ini.
  4. Nilai anugerah adalah sebanyak RM3,000 bagi setiap pemenang. Selain itu, pemenang akan menerima sijil penghargaan dan cenderamata iringan berbentuk trofi.

 

Last Updated on Friday, 11 December 2015 01:43