Home Prosedur Pencalonan
Prosedur Pencalonan PDF Print E-mail
Written by Sarinah Shaari   
Monday, 07 January 2013 04:06

Setiap fakulti/ pusat dikehendaki mencalonkan sekurang-kurangnya dua (2) hingga maksimum lima (5) orang pegawai akademik yang layak bagi anugerah yang dipertandingkan.

Calon yang dipilih oleh fakulti dikehendaki melengkapkan borang permohonan berdasarkan garis panduan yang boleh dimuat turun daripada laman web berikut : http://aau.ump.edu.my/ 

Semua permohonan lengkap hendaklah dikemukakan melalui fakulti/ pusat dengan sokongan dan pengesahan Ketua Jabatan.

 

DOKUMEN YANG PERLU DIHANTAR OLEH CALON:

 

BIL

ANUGERAH

SYARAT PERMOHOAN

1.

Anugerah Pengajaran   Cemerlang

1) Borang permohonan.

2) Curriculum Vitae (CV) dan pencapaian calon.

3) Portfolio pengajaran (Teaching Portfolio). 


Nota:

Portfolio pengajaran perlu dihantar pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

 

Taklimat berkaitan penyediaan portfolio pengajaran akan diberikan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

 

2.

Anugerah Inovasi –   Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL)

 

 

 

  1. Borang permohonan.
  2. Curriculum Vitae (CV) dan pencapaian calon.
  3. Pernyataan teori dan falsafah pengajaran dan pembelajaran berkaitan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL) yang tidak melebihi satu (1) muka surat.
  4. Teaching Folder kursus yang melaksanakan SCL bagi Semester II Sesi 2014/ 2015 dan Semester I Sesi 2015/2016.
  5. Pelan pengajaran kursus yang melaksanakan SCL bagi Semester II Sesi 2014/ 2015 dan Semester I Sesi 2015/2016.

3.

Anugerah Inovasi – E   Pembelajaran

 

  1. Borang permohonan.
  2. Curriculum Vitae (CV) dan pencapaian calon.
  3. Pernyataan teori dan falsafah pengajaran dan pembelajaran berkaitan E-Pembelajaran yang tidak melebihi satu (1) muka surat.
  4. Teaching Folder kursus yang melaksanakan e-pembelajaran bagi Semester II Sesi 2014/ 2015 dan Semester I Sesi 2015/2016.
  5. Alamat platform e-pembelajaran (url address).

 

 

Last Updated on Friday, 11 December 2015 01:47