Home Syarat Umum
Syarat Umum PDF Print E-mail
Written by Sarinah Shaari   
Monday, 07 January 2013 04:11
  1. Permohonan adalah menggunakan borang permohonan yang disediakan dan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan/ Dekan.
  2. Pemohon adalah diingatkan untuk membaca dan memahami garis panduan anugerah sebelum membuat permohonan.
  3. Pemohon bertanggungjawab menghantar borang permohonan yang lengkap kepada Sekretariat Anugerah Akademik Universiti 2015, Pusat Inovasi & Daya Saing Akademik, Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, UMP Kampus Pekan, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.
  4. Semua borang permohonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sah dan lengkap. PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
  5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Januari 2016 (JUMAAT). PERMOHONAN YANG LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
  6. Calon yang berjaya dalam Anugerah Akademik Universiti akan diraikan dalam satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian.
  7. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu atau penipuan, panel juri berhak untuk menarik balik anugerah.
  8. Keputusan panel juri adalah muktamad.
Last Updated on Friday, 11 December 2015 01:49